Posted by bertjay on 23/10/2009
Pada 20 Oktober, 2009 bersamaan hari Selasa, sekolah telah menganjur Majlis Hari Keluarga dan Hari Raya peringkat sekolah SK. Ragkam. Majlis itu juga adalah untuk merayakan kenaikan pangkat Cikgu Ahmad Thadzuddin Mohd. Ali ke Pejabat Pelajaran Daerah, Tambunan. Melalui majlis itu, sekolah telah memasukkan pengisian program PROSIDAR sekolah. Antara program tersebut adalah ceramah anti dadah melalui kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) cawangan daerah Tambunan. Encik Thomas Angor iaitu Pegawai Daerah Tambunan dan pengerusi PEMADAM daerah Tambunan merupakan penceramah utama anti dadah. Beliau telah membentang ceramah tentang penyalahgunaan dadah. Beliau turut menjelaskan tentang maksud penagihan, punca, sebab-sebab, kesan-kesan dan hukuman penyalahgunaan dadah. Beliau turut mencadang beberapa cara mencegah penglibatan penagihan dadah di kalangan anak-anak kepada ibu bapa yang hadir. Encik Azman Manap selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan pula telah membentangkan ceramah motivasi ibu bapa tentang cara-cara melahirkan pelajar yang berjaya dan cemerlang. Berikut adalah keratan akhbar mengenai Program Anti Dadah SK. Ragkam yang dikeluarkan melalui akhbar Utusan Borneo pada 23 Oktober, 2009 (Jumaat)
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sempena Majlis Hari Keluarga, Hari Raya Aidilfitri, Majlis Kesyukuran En. Ahmad Thadzuddin Mohd. Ali dan Ceramah Anti Dadah oleh Persatuan PEMADAM cawangan Tambunan, Sabah.


























Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by bertjay on 11/10/2009
Pada 10.10.2009 (Sabtu) yang lalu murid-murid tahun 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke daerah Ranau. Lawatan tersebut disertai 12 orang murid, diiringi 4 orang guru dan 3 orang kakitanga bukan mengajar. Antara lokasi yang dilawati ialah Taman ’Kinabalu Park’ dan Taman Hot Sring Ranau. Murid-murid juga sempat melihat suasana pusat membeli belah atau pasar sayur Kundasang, Ranau. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk murid Tahun 6 setiap tahun. Lawatan ke Taman Air Panas Ranau, merupakan lawatan kali yang kedua selepas program lawatan sambil belajar murid Tahun 6 pada tahun-tahun yang lepas. Antara lokasi yang pernah dilawat oleh murid Tahun 6 SK. Ragkam dalam program lawatan sambil belajar murid tahun pada tahun-tahun yang lepas adalah Taman Air Panas Ranau (2005), Taman Bunga Terbesar Tenom dan Supermarket Survey, Keningau(2006), Air terjun Mahua, Tugu Mat Salleh, Tambunan dan Taman Rekreasi TVRC, Tambunan (2007), Muzium, Taman Haiwan Lok Kawi, Pusat Membeli Belah 1 Borneo, UMS dan pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu(2008) dan Taman Kinabalu dan Taman Air Panas, Ranau (2009) dan tahun 2010, akan dirancang pada tahun depan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil ketika lawatan tersebut:
















Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by bertjay on 11/10/2009
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by bertjay on 08/10/2009
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by bertjay on 07/10/2009
Minggu ini 05.10.2009 hingga 09.10.2009, Minggu Bahasa Melayu dijalankan di sekolah ini. Ia dikendalikan oleh Panitai Bahasa Melayu yang diterajui oleh Cikgu Mohd. Ridhwan Abdullah selaku Ketua Panitia di sekolah ini. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan. Antaranya pertandingan membaca bagi tahap 1 dan 2, pertandingan bercerita tahap 1 dan 2, satu simpulan bahasa dalam sehari, pertandingan permainana karem antara guru-guru secara berkumpulan, pertandingan mencari perkataan tahap 1, pertandingan teka silang kata tahap 2, pertandingan mengeja tahap 1 , pertandingan mengarang tahap 2 dan pertandingan meneka benda dalam bungkusan peringkat murid dan guru.
Posted in Uncategorized | No Comments »